Terbaru! Cara Daftar Rebat Bil Elektrik rm40

Al Hudaify

Tahukah anda bahawa terdapat rebat yang boleh diterima sehingga RM40 untuk golongan miskin tegar dalam penggunaan elektrik ini?

Ini adalah salah satu langkah kerajaan untuk membantu meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan.

Dalam Belanjawan 2024, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM55 juta untuk memberikan rebat pada bil elektrik bagi isi rumah yang kurang mampu.

Cara Daftar Rebat Bil Elektrik RM40

Inisiatif bantuan Kerajaan yang dijalankan secara berterusan adalah untuk menyediakan bantuan kewangan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang tergolong dalam kategori miskin tegar. Bantuan ini berupa pembayaran subsidi bil elektrik bulanan sehingga RM40 bagi individu yang berdaftar dan sah dalam Sistem eKasih.

Mulai daripada 2 Januari 2021, Sistem eKasih akan menggunakan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2019 sebagai rujukan utama dalam menentukan status kelayakan kemiskinan bagi penerima bantuan. PGK 2019 telah diumumkan oleh Kerajaan pada Julai 2020 untuk menentukan kelayakan dan penentuan status kemiskinan terkini.

Program Rebat Bil Elektrik RM40 ini dikhaskan kepada individu yang pendapatan bulanannya jatuh di bawah purata nasional iaitu RM1,169. Peserta yang layak akan menerima bantuan untuk membayar bil elektrik sehingga RM40 setiap bulan sebagai sokongan tambahan untuk meringankan beban kewangan mereka.

Program ini telah diumumkan oleh Kerajaan dalam Ucapan Bajet 2019 pada 2 November 2018 sebagai satu usaha yang berterusan dalam memberikan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Syarat Asas

Kelayakan utama bagi seseorang sebagai Ketua Isi Rumah (KIR) untuk menerima rebat ini adalah apabila mereka terdaftar sebagai golongan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih.

Pendapatan bulanan purata nasional bagi isi rumah yang tergolong dalam kategori miskin tegar hendaklah tidak melebihi RM1,169.

Kriteria Rebat RM40

Syarat-syarat yang diambil kira untuk menerima rebat RM40 bagi bil elektrik adalah terhad kepada Kategori A (rumah kediaman).

Tambahan pula, hanya satu bil elektrik sahaja yang layak untuk setiap Ketua Isi Rumah (KIR), sama ada bagi rumah milik sendiri atau sewaan.

Bayar Rebat RM40

Perlu diperhatikan bahawa bagi Ketua Isi Rumah (KIR) yang menerima bil bulanan kurang daripada RM40, mereka tidak perlu membuat pembayaran dan baki rebat tersebut tidak akan disimpan untuk bulan berikutnya.

Bagi bil bulanan KIR yang melebihi RM40, mereka hanya perlu membayar baki bil yang berlebihan selepas dikurangkan dengan jumlah rebat RM40 daripada bil bulanan tersebut.

Bagi mereka yang disenaraikan sebagai golongan miskin tegar, bil bulanan mereka akan dipotong secara automatik dari akaun pengguna.

Baca juga : Terbaru! Harga Pendawaian Elektrik

Bagikan:

Tags

Leave a Comment