Cara Bayar Bil Elektrik Online Terbaru

Al Hudaify

Pembayaran bil elektrik secara atas talian semakin popular di kalangan pengguna hari ini. Amalan ini memberi kemudahan yang besar kepada pengguna untuk melunaskan bil mereka dengan mudah tanpa perlu beratur di kaunter. Dengan pelbagai platform dan aplikasi yang tersedia, proses pembayaran bil elektrik menjadi lebih cepat dan efisien.

Mari kita kaji beberapa cara bayar bil elektrik online bagi memudahkan urusan kewangan anda.


Cara Bayar Bil Elektrik Online

1. Bayar bil elektrik online – myTNB

Bil elektrik online payment sangatlah mudah, berikut beberapa cara yang boleh kami kongsikan, yang pertama melalui myTNB.

  • Download aplikasi myTNB atau di App Store
  • Login ke aplikasi myTNB
  • Klik “View My Bill” untuk cek bil bulan tersebut
  • Klik “Pay My Bill” untuk bayar
  • Klik “Pay Now” untuk selesaikan pembayaran
  • Selesai.

2. Bayar bil elektrik online Internet Bank – CIMB Clicks

Kita boleh bayar bil elektrik online menggunakan CIMB clicks

  • Login akaun CIMB clicks
  • Klik “Pay & Transfer” klik pada “Pay Bill”
  • Taip “Tenaga Nasional Berhad” pada bahagian “To” kemudian pilih option Masukan nombor akaun bil TNB anda.
  • Pilih pembayaran menggunakan akaun simpanan
  • Masukkan amaun pembayaran lalu klik “Make Payment”
  • Ikuti langkah-langkah pembayaran sampai selesai

3. Bayar bil elektrik online – JomPay

Cara bayar bil elektrik online melalui JomPay cuma perlu pilih optoin “JomPay” pada masa membuat pembayaran melalui Internet Bank. Berikut cara pembayaran melalui MayBank2U :

  • Login akaun MayBank2U
  • Klik “Pay & Transfer” lalu klik “Pay”
  • Pilih “JomPay” pada bahagian “Pay To” lalu masukkan TNB JomPay “5454” di bahagian JomPay lalu enter
  • Masukkan nombor akaun bil TNB pada Ref-1 dan kosongkan Ref-2, kemudian masukkan amaun pembayaran.
  • Klik “Pay”, selesai.

Berikut adalah beberapa cara bayar bil elektrik online yang kami kongsikan. Mudah, bukan? Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda.

Originally posted 2024-02-23 04:12:18.

Bagikan:

Tags

Leave a Comment