Top 12 Harga Kereta Elektrik Terbaru

Al Hudaify

Dalam era teknologi yang semakin canggih, permintaan terhadap kereta elektrik semakin meningkat dengan pesat.

Hal ini disebabkan oleh kesedaran akan impak negatif pembakaran bahan api terhadap alam sekitar serta keinginan untuk mengurangkan kadar pencemaran udara.

Dalam memilih kereta elektrik yang sesuai, harga merupakan salah satu faktor penting yang perlu dipertimbangkan.

Oleh itu, artikel ini akan membawa anda menyelami senarai harga kereta elektrik Malaysia, membolehkan anda membuat pilihan yang bijak dan sesuai dengan keperluan anda.


Senarai Harga Kereta Elektrik

1. Hyundai IONIQ 5

Hyundai mengeluarkan kereta elektrik baru, iaitu Ioniq 5, yang menggunakan platform khusus untuk kereta elektrik. Ioniq 5 menawarkan pacuan roda belakang bagi varian Lite (RM 199,888) dan Plus (RM 229,888). Kedua-dua varian ini dilengkapi dengan motor elektrik berkuasa 167 kuasa kuda dan tork sebanyak 395Nm.

Bateri ion lithium berkapasiti 58kWh dipasang, membolehkan kereta ini memandu sehingga 384km mengikut standard WLTP. Varian e-Max tidak kalah juga dengan konfigurasi AWD, bateri 72.6kWh, dan jarak perjalanan 430km. Varian ini mempunyai dua motor elektrik yang menjana 300 kuasa kuda dan tork sebanyak 605Nm, tetapi dengan harga yang lebih tinggi iaitu RM 259,888.

Varian Lite199,888 MYR
Varian Plus229,888 MYR
Varian e-MAx259,888 MYR

Baca juga : Harga Pemanas Elektrik Terbaru

2. Tesla Model X

Model X ada dua jenis iaitu Model X Standard dan Model X Plaid. Model X Standard dijual pada harga (RM373,264.69). Ia dilengkapi dengan sistem tenaga dual motor dan mampu mencapai kelajuan maksimum 240 km/sejam dengan jarak perjalanan kira-kira 560 km.

Model X Plaid pula adalah versi yang lebih bertenaga yang dijual pada harga (RM443,265.34). Jarak perjalanan untuk versi ini sedikit kurang iaitu kira-kira 536 km, ini disebabkan oleh penggunaan sistem tenaga tri-motor yang membolehkannya mencapai kelajuan maksimum 240 km/sejam.

Model X Standard373,264.69 MYR
Model X Plaid443,265.34 MYR

3. Volvo XC40 Recharge P8 AWD

Volvo telah memperkenalkan sebuah model elektrik sepenuhnya yang bernama Recharge P8 AWD Pure Electric.Ditawarkan dengan dua motor elektrik yang mampu menghasilkan sehingga 400 kuasa kuda dan tork sebanyak 660Nm.

XC40 dilengkapi dengan bateri berkapasiti 78kWh yang membolehkannya melalui jarak sehingga 418km mengikut standard WLTP. Harga kereta elektrik ini dijangka tidak melebihi RM 300,000.

Volvo XC40300,000 MYR

4. Mini Electric

Dengan harga RM 178,241 dengan satu motor elektrik yang menghasilkan sehingga 181 kuasa kuda dan tork sebanyak 270Nm. Dengan bateri berkapasiti 28.9kWh, Mini mampu menempuh jarak sehingga 234km (bukan WLTP) dan memerlukan masa pengecasan selama 84 minit.

Walaupun kecil, Mini Electric memberikan pecutan 0-100km/j dalam masa 7.3 saat dengan kelajuan maksimum dihadkan pada 150km/j.

Mini Electric178,241 MYR

5. BMW iX3

Ditawarkan dengan dua pilihan varian, sama ada M Sport Inspiring (RM 317,000) atau M Sport Impressive (RM 336,000). Walau bagaimanapun, kedua-dua varian ini didayakan oleh satu motor elektrik yang mampu menghasilkan 282 kuasa kuda dan tork sebanyak 400 Newton Meter.

Bateri Lithium berkapasiti 73.8 kWh membolehkan iX3 menempuh jarak sehingga 453 kilometer sebelum perlu diisi semula. Proses pengecasan hanya memerlukan masa 32 minit, dan pengecasan penuh memerlukan masa 7.5 jam.

M Sport Inspiring317,000 MYR
M Sport Impressive336,000 MYR

6. Tesla Model S

Model S Standard menawarkan nilai sekitar (RM331,724.77) . Dikendalikan oleh sistem tenaga dual-motor, ia mampu menempuh jarak sehingga kira-kira 652 km dan mencapai kelajuan tertinggi hingga 240 km/jam. Kereta elektrik ini benar-benar memberi nilai yang sangat baik untuk pelaburan.

Bagi mereka yang mementingkan kelajuan dan tidak kisah membayar lebih, pilihan trim Model S Plaid tersedia dengan harga (RM401,719.18). Dilengkapi dengan sistem tenaga tri-motor yang bertenaga, ia mampu mencapai kelajuan tertinggi sehingga 322 km/jam dengan jarak perjalanan sekitar 637 km.

Model S Plaid ini mampu mencapai 0-60 mph dalam hanya 1.99 saat, menjadikannya antara kereta elektrik terpantas di dunia.

Model Standard331,724.77 MYR
Model S Plaid401,719.18 MYR

7. Tesla Model Y

Harga kereta elektrik ini dijual bermula dari RM199,000, Model Y Standard mempunyai kemampuan mencapai kelajuan tertinggi sehingga 217 km/jam dengan menggunakan sistem pemanduan semua roda dual-motor dan boleh dipandu sejauh 430 km. Anda juga boleh memilih trim Model Y Long Range yang mempunyai kelajuan tertinggi yang sama dengan harga RM246,000 dengan jarak operasi 533 km.

Jika anda mencari sesuatu yang lebih sporty, anda boleh melaburkan diri dalam trim Model Y Performance. Dengan harga RM288,000, ia adalah varian yang lebih bertenaga kerana mampu mencapai kelajuan tertinggi sehingga 250 km/jam dengan jarak operasi kira-kira 514 km. Semua varian model ini hanya tersedia dalam versi standard lima tempat duduk.

Model Y Standard199.000 MYR
Model Y Long Range246,000 MYR
Model Y Performance288.000 MYR

8. Tesla Model 3

Model 3 dikenali sebagai kereta elektrik paling popular di seluruh dunia. Dengan reka bentuknya yang unik dan prestasi pemanduan yang kukuh, ia telah menyumbang kepada prestij Tesla sebagai jenama utama yang bersaing dengan Mercedes-Benz dan Toyota.

Dengan harga mula-mula serendah RM189,000 untuk trim Model 3 Standard, ia dilengkapi dengan sistem pemanduan roda belakang yang mampu mencapai kelajuan tertinggi sehingga 201 km/jam dan jarak perjalanan kira-kira 513 km.

Manakala, trim Model 3 Long Range berharga RM218,000. Ia mampu mencapai kelajuan tertinggi sehingga 201 km/jam dengan kuasa daripada sistem pemanduan semua roda dual-motor dan mempunyai jarak perjalanan kira-kira 629 km.

Model 3 Standard189,000 MYR
Model 3 Long Range 218,000 MYR

9. BMW iX

Kereta elektrik satu ini ada dua varian iaitu iX xDrive40 (RM 361,000) dan iX xDrive40 Sport (RM 407,000). Kedua model ini dilengkapi dengan satu motor elektrik yang menghasilkan kuasa sebanyak 322 kuasa kuda dan tork sebanyak 630Nm.

Bateri lithium ion berkapasiti 76.6 kWh membolehkan kereta ini menempuh jarak sehingga 425km sebelum perlu diisi semula. Model ini mampu mempercepatkan dari 0 hingga 100km/j dalam masa 6.1 saat dengan kelajuan maksimum dihadkan pada 200km/j.

iX xDrive40361,000 MYR
iX xDrive40 Sport407,000 MYR

10. Hyundai Kona Electric

Kona EV merupakan kereta elektrik yang paling berpatutan sehingga kini, dengan harga bermula sekitar RM 149,888 untuk varian e-Lite yang dilengkapi dengan bateri berkapasiti 39.2kWh.

Kapasiti bateri ini membolehkan Kona EV menempuh jarak sehingga 305km mengikut standard WLTP, sementara motor elektriknya mampu menghasilkan 134 kuasa kuda dan 395Nm tork.

Untuk varian e-Max, ia dilengkapi dengan bateri berkapasiti 64kWh yang membolehkannya menempuh jarak sehingga 484km mengikut standard WLTP. Ini disokong oleh motor elektrik yang lebih besar dengan kuasa sebanyak 200 kuasa kuda dan tork sebanyak 395Nm. Namun, varian ini memiliki harga yang lebih tinggi iaitu RM 199,888.

Varian e-Lite149,888 MYR
Varian e-Max199,888 MYR

11. Nissan Leaf

Sebagai salah satu pelopor awal kereta elektrik di Malaysia, ia ditawarkan dengan harga RM 188,888. Kereta ini dilengkapi dengan satu motor elektrik berkuasa 148 kuasa kuda dan tork sebanyak 320Nm. Bateri ion lithium berkapasiti 40kWh pula menawarkan jarak perjalanan sehingga 270km setiap kali pengisian.

Nissan Leaf188,888 MYR

12. Mercedes Benz EQA

SUV elektrik ini dikuasakan oleh satu motor elektrik yang menghasilkan 188 daya kuda dan 375 Nm tork. Dilengkapi dengan bateri berkapasiti 66.5 kWh, EQA membolehkan penunggangnya menempuh jarak sehingga 429 kilometer.

EQA dijual pada harga RM 278,000 dan ditawarkan dalam satu varian sahaja. Ia memberikan pecutan dari 0 hingga 100 kilometer sejam dalam masa 8.9 saat dengan kelajuan maksimum dihadkan pada 160 kilometer sejam.

Mercedes Benz EQA278,000 MYR

Inilah senarai 12 harga mobil elektrik yang terdapat di Malaysia, semoga berguna!

Originally posted 2024-03-09 07:56:54.

Bagikan:

Tags

Leave a Comment